:::Followers:::

Monday 22 August 2011

Terdesak!!!!

Salam,

Setakat ni dah 7 rumah yang kene aim oleh perompak2 ni..

 En Abu
Dato' Za'ba
Dr Farid
Abah
En Hassan
En Hamid
En Mahathir

Rumah Abah, target ke4 yang dorang cuba nak pecah masuk, nasib xberjaya..

Almost berjaya..

Clear View


Semua 6 rumah dorg xberjaya masuk, rumah last, En Mahathir yang dorg berjaya masuk,
En Mahathir kene cam Abah kene dulu la, kene ikat suma, tapi kali ni lg teruk, laki bini..dua2 kene ikat

Polis cakap ada 5 orang semuanya, tp yang akan masuk dalam rumah 3 orang je, lagi 2 akan jaga kat luar rumah, senjata suma dorang ambil dari rumah yang dirompank tu, dorang xkan bawa senjata sendiri,
bila dah dapat masuk tu, 1st thing dorang akan rampas semua handphone, wayar phone rumah potong siap2, dorang akan make sure kita xley nak contact sapa2.

Info lagi : Dorang ni sebenarnya terdesak, Polis ckp dorang ni nak balik negara dorang (raya kot) tp xde duit, tu yang terpaksa merompak, then dorang ni bukan from this area, not within hulu langat la..

Dah berapa malam dah polis & orang2 kampung berjaga, dorang dah detect laluan perompak2 ni, siap jumpa topeng2 dorang. ngeerriiiii!!!!



Friday 19 August 2011

Bahaya Menjelang Raya

Salam..

Its back!!! keadaan huru hara 10 years back cam nak start balik kat kampung ni,
pencuri, perompak!!

Last time rumah kami pernah kene masuk orang, indon 3 orang.. takut!! before berjaya pecah masuk rumah ktorg, dorg dah aim a few rumah, 2 rumah dorg cuba masuk tapi xberjaya, last2 dapat masuk rumah ktorg,
macam2 dorg amek, kami adik beradik xsedar langsung, sgt2 nyenyak tidur time tuh, biasanya klau bunyi pape kami akan tersedar, xtau nape malam tu cam lena sgt masing2.

Dorg serang bilik mak & abah jer, sume alat2 senjata, like pisau, tukul sume dorg amek from rumah ni,
dorg ikat kaki n tangan abah pun guna wayar telefon rumah nih, then dorg paksa mak hand over sume barang2 kemas yang mak tgh pakai time tuh, mak ada cube nak selamatkan 1 rantai emas yg halus tuh, mak campak kat bawah katil, dorg alihkn katil tu!! time tu ngan mak abah adik ada atas katil..
Abah yang kene ikat td tuh, dorg tutup muka abah ngan kain lapik kaki kat pintu toilet kat bilik tuh..
then dorg susun sume card bank abah, ever 3 minit dorg akan tanya pin no untuk setiap card tuh...klau abah bg wrong no dr yg previous tuh, mmg kene dah kot...

Now, kampung ni cam kene serang lagi...
malam tadi few polis wat rondaan sepanjang malam, coz 2 hari lepas 2 rumah dorg cuba pecah masuk,
nasib owner rumah sedar, malam tu juga kami dapat call from jiran gtau rumah dia pun almost kene..
Sekarang ni, dorg...the perompak dah ada style baru untuk merompak, instead of dorg pecah masuk, dorg akan suruh kita tuan rumah yang keluar, macam2 cara la..contoh dorg akan turn on air paip kat luar rumah tuh, so kita pun keluar la nk tutup kononnya, dari situ la dorg akan serang kita...

So, berhati hati la yer..sekarang ni macam2 kes, dorg ni kalau dah terdesak apa2 cara pun boleh jadi,
those yang nak balik raya nanti, pastikan betul2 rumah tu dalam keadaan selamat, kunci semua yang patut, barang2 berharga tu jangan la tinggalkan..

Tu bahaya kat rumah, bahaya atas jalan pun ada juga.. haritu kena kat Senior Manager tmpt kerja Abg Suami, dia time tu drive sorang2, then ada 1 motor ni langgar kereta dia dari belakang, then buat2 jatuh, so colleagues Abg Suami ni pun keluar la, sampai je kat motor tu dai tanya la 'r u ok?' xsempat nak say sorry ada 2 orang lagi datang dari blakang dia, pukul2 heret masuk dalam kereta dia balik, pukul2 lagi, pastu culik dia.... hissshhhhhhh!! takutkn??

The same thing pernah jad kat Abah, tapi Abah x berhentikan kereta, nasib...nasib...
motor gak tuh, dorg bawa motor tu sebelah Abah, then tunjuk2 tayar kereta Abah, as if something is wrong with the tires, nasib Abah buat donno jer, trus drive...later bila Abah stop kat R&R, tgk tayar xde papepun..

Kawan2 jangan mudah terpedaya!! 

Sekian...

Thursday 18 August 2011

Aduuhhh!!! Kene Tipu Lagi.

Assalamualaikum...

Bulan lepas Emy banyak dapat call dari orang2 yg nak jual insurance ni, then ada la satu hari ni, dapat call from AIA AFG Takaful, hmmm..time tu xtau nape rajin pulak Emy nak layan,
dia pun cerita, Emy pun dengar...nak tanya memang xde ruang langsung, dia cakap kat phone tu cam train laju nya.. Emy sempat mencelah by sayin' hmmm jer...konon faham la tuh.

Dah habis dia dok cerita kisah dia yang sgt panjang lebar tuh,
dia mintak confirmation on Emy nyer personal details,
name, age, home addrss, phone no, D.O.B, Marital Status sume dia tau (mana dia dapat all this info ek?)
Then dia tanya 1 last question yang baik punyer!!

'now i nak u verify u punyer debit card no,
 i akan mention the 1st few digits then the rest puan sambung yer'

and so i did as what she told me to do :(

memang kene basuh la ngan Abg Suami bila cerita kat dia yang Emy 'terbagi' no tu kat that person.

Tapi Emy de cakap ngan that person, yang Emy xconfirm lagi nak amek, Emy nak kene discuss ngan Abg Suami dulu apa2 hal.

Then she said xpe, nanti dia akan hantar all the details for my better understanding on the matters
and dia akan include skali form untuk Emy isi, if setuju..then send balik kat dia..

Pastu dia mention this 1statement / soalan...
tanyer samada Emy Clear n Faham on apa yang dia bebel sepanjang2nya tadi?
Emy just jawap Hmmmm! (hmmm as in faham, not hmmm nak tnyer soklan tau)
Then dia cakap, "Puan kene jawap YA, not Hmmm.
So dia ulang balik ayat dia tadi, Emy jawap YA!! Siap Hangguuukkkk lagi, hamek ko!!

Tgk2 ni yang Emy dapat!! terus dia deduct from account Emy, Hah!! Yakin Sgt YA tadi kn??

A Week later, sampai la surat yang dia cakap tu, sat g bukak2 bukan form or procedure isi form ke or info on the insurance ker...
Its The Insurance Policy daa!!
Check account bank Emy dah kene deduct 2 kali dah...aduhhhh~~

ni la benda alah nyer.. :(
Abg Suami pun pe lagi, call la... nape dia ley suka suki deduct sedangkan Emy xde sign pape pun,
everything tru phone jer, so Abg Suami tanya la AIA ni klau nak cancel policy ni skng, tru phone boleh?..dia cakap xboleh..then nape u deduct sum amount of money from my wife nyer account boleh tru phone..marah betul Abg Suami,tp marah dia bukan yang tengking2 tuh, marah cara dia la..tp mmg masak la org tu xpat nak jawap..hihihi
nak cancel kene wat surat...hmmmmm~~

Bukan pe, ktorg dah google, pastu banyak lak case yang berapa nak baik, kene tipu n all..
So ni contoh surat Emy..kot de kawan2 lain yang mengalami nasib yang sama ngan Emy ni kn?? hihihi..


[Nama Penuh Emy]
[Alamat rumah Emy]

Date : 18 August 2011

[Nama Company]
[Alamat penuh Company tuh]

[Attn : Nama & Jawatan pegawai berkenaan] 

RE: Cancellation of Insurance Policy Certificate No : #________

I am sending you this written notice to request cancellation of my insurance policy effective on 18th August 2011. I would appreciate you sending me a written confirmation within 10 days that the cancellation has been put into effect.



2. I have found out that your company has deducted in total of RM_____ from my Maybank account (No:_______) without any prior consent or any written agreement sent to me prior to the deductions on 18th July 2011 and 16th August 2011. Besides, I would like to lodge complaints of misconduct in your business policy in validating sales agreement through phone conversation with twisted facts and leading questions in pursuance of revealing my account information to bind the sales agreement.

3. In regards to the above misconducts, I demand your company to refund the deducted amount in full (RM_____) and stop any future deduction from my account within 30 days (effective from 18th August 2011) as promised by the customer service officer in charge (Ms Fazlina).


Your cooperation is very much appreciated. Thanks.


Regards,


……………………………..
(ILMI SHUKRI BT DR. KHODORI)


CC to:

Complaints Unit -Customers' Feedback Management
Encik Mohd Zaid b Muslam
28th Floor, Menara Maybank,
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur

Setiausaha,
Ibu Pejabat,Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam NegeriDan hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 16, Putra Place,100, 
Jalan Putra,50622 Kuala Lumpur.

Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna, 
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 
Tingkat 3, Bangunan PKNS, 
40622 Shah Alam, Selangor. 

Pengantara,
Biro Pengantaraan Perbankan
Tingkat 5, MUI Plaza
Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur



Pengajaran : Jangan Mudah2 bg no crdt/debit/bank anda pada mereka yang x dikenali :(

Wednesday 17 August 2011

Pre Raya : Balik Kampung

Salam Semua,

That day balik kampung kat Tg Karang, lama sgt rasanya xbalik kampung, rindu sungguh2 dah ni,
4 org je yang balik kampung haritu,Mak Abah Ema Emy..Abg Suami xpat join coz keje that day, nak berbuka ngan 'Embah Wedok'...
Embah dah kanggggen sgt dengan limi (ilmi, embah g jawa kn tu yg jadi limi tuh), so balik la..hihihi.
Klau nenek side mak pulak org banjar, ilmi / emy tu jadi 'Si Emek'...mcm2 nama Emy ada kn?? Emy suka jer..

Perjalanan dari Langat ni nak balik Tg Karang ada la sejam lebih jugak, ikut hgway Latar..


1) Melawat Adik Izyani kat Sek. Men. Sains Kuala Selangor
Asal jumpa Adik, mcm2 la dia akan pesan, siap dh buat list apa nak belikan untuk dia...Cit!

Izyani Shukri
With Mak yg kuat nyakat Emy.. Sentiasa la senyum, xsenyum xcantik kn?? hihihi..

2) Singgah Bazar kat Kuala Selangor untuk berbuka kat rumah Embah
Bazar kat sini pjg jugak la, letih gak la ibu ngandung ni jalan, hihihi, juadah kebanyakannya sama jer ngan bazar ramadhan yang lain, tp 1 thing yg Emy prasan bazar ni sgt bersih..tu yg best tuh, ada certain tempah yg Emy g, xberapa nak bersih la, tu yg xbeli sgt tuh :(

Amak & Abah
Mcm2 warna ada kan?? Adik nak air yg mane ni Dik??
Cucuk Udang yg penuh ngan udang!! Wow!!
Cakoi Ma Favorateee!!

3) Singgah beli air kelapa sedap kat Pasir Penambang
After beli2 kat bazar trus gerak balik rumah Embah, otw kami se'family' mesti akan singgah tuk beli kelapa sedap!! After je jambatan Kuala Selangor tu, ada susur belah kiri, yang ada tulis 'Pasir Penambang'
masuk situ cam masuk perkampungan cina, mmg kawasan cina pun kat situ, tp ada 1 gerai kelapa melayu kat dlm tuh, ramai sgt yg suka singgah situ, even cina india pun suka beli kepala kelapa kat dorg, fresh gitu!! mybe layanan pun baik n mesra yg buat ramai org suka kat gerai dorg tu kot, klau nak tgk byk lagi gerai kelapa cina, tp entah nape org cina pun beli kat melayu ni...hihihhih like2!!

Jambatan Kuala Selangor
Kelapa Sedap!!

4) Berbuka kat rumah embah
- xde gambar pulak kat rumah Embah ni, coz bz siap2 nak berbuka :P

5) Singgah rumah Mak Enon / Mak Ani
Balik from rumah Embah, singgah kat rumah Mak Enon, rindu kat dorg, lagi2 si ninis tuh, dia baru balik frm Mesir, nak raya kat Msia kn?? time kat rumah Mak Enon tu la sempat Skype ngan Haniff yang ada kat Jordan, Ema la yang tanya macam2, coz InsyAllah minggu ke2 raya nanti Emma akan fly ke Jordan juga, untuk melanjutkan pengajian dia, tu yang dia cuak tu..habis dia minta Haniff untuk carikn rumah sewa la kat sana, mcm2 la, Si Haniff pun layankan je setiap pertanyaan tuh..

Skype with Haniff @ Jordan

Hamim, Hanis, Emma & Haniff

6) Balik..



Sekian...

Monday 15 August 2011

BlackList oleh PTPTN

Salam...

Hari ini Abg Suami terpaksa ambil cuti lagi, buat kali ke3, sebab nak settlekan masalah nama kene blacklist dengan PTPTN nih, xboleh nak buat passport untuk g outstation atas urusan kerja september nnt, aduhhh...sgt tertekan Emy dibuatnya,
sampai ngis2 la pagi tadi, bukan marahkan Abg Suami, tapi kesian dengan situasi yang dia terpaksa hadapi tu, deal dengan staff PTPTN yg kat kaunter tu cakap belit2, benda boleh settle 1st day datang kat sana dah jadi sampai 3 kali, dok ulang alik, dia ingat kita xde kerja lain ker?? information yang dia bagi xlengkap, cara layanan pun memang sgt menyakitkan hati.. 
after minta advide dari Abah, kami tau apa nak buat and camne nak deal.
Kali ni kami g sana naik train, coz Emy tringin sgt nak naik train, Abg Suami pun ikutkan jer,hihihi..dah isteri ngidam nak naik train kan??

Muka bahagia dapat naik train :P

Sampai je KL sentral tu, terus g PTPTN, terus cari the person yang inchrge, coz dh set appointment through phone....
Alhamdulillah, sume dah almost settle, sebab Abah advice suruh jumpa ngan pegawai yang ada kuasa untuk settlekn hal ni, jangan deal ngan kaunter ni, dorang akan bagi seribu satu alasan & masalah buat kerja pun lambat!!!
Panjang lagi cerita ni, tp sebab xnak rosakkan mood malam ni, kite lupakan dulu hal PTPTN nih, later bile dah settle keseluruhannya sampai Abg Suami berjaya buat passport, Emy akan share perjalanan yang penuh cabaran nih, Emy juga akan share camne nak deal / settlekn sekiranya kawan2 lain menghadapi masalah nama kene blacklist nih, ok??

 Tengah dok kemaskini external hdisk ni, terjumpa la 1 video nih, aduhhhh..gelak sorg2 la Emy, Abg Suami wat xlayan je kat sana tu, focus sangat dok google nak beli rumah...

 
berbuka bersama scott, arul, ayie & jerry @ melaka


hihihihihi..sekian~~



Saturday 13 August 2011

Berbuka Di Masjid Langat

Salam Sahabat.

Puasa hari ke 14 ni, kami Emy, Fazli, Mak, Abah & Emma berbuka di Masjid Pekan Batu 14, Hulu Langat.
Masjid yang Abah jadi Nazir tuh..
Ada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak2 Yatim 
"Titipan Kasih" anjuran Harian Metro

Fazli, Emy, Mak & Emma gerak ke Masjid area 6 lebih, time tu hujan, tp xde la lebat sgt,
Abah time tu dah ada kat Masjid dah.

Then amik la tempat, ready untuk berbuka,
sementara tunggu azan, ada penyampaian sumbangan untuk anak2 yatim,
banyak dorang dapat, from metro, from jakel, penuh la tangan masing2,
happy sgt tgk dorg happy :)
ibu2 tunggal pun dapat sumbangan juga rasanya td..
Azan Magrib pun berkumandang, kami berbuka ngan kuih muih, pisang & air saja.
Then masuk masjid untuk menunaikan solat magrib.
After selesai, sambung balik makan nasi pulak.

Habis jer makan, borak2 ngan Emma, Mak dah lama masuk, coz Mak nak dapat kan line depan,
Azan Isya' start kami pun masuk balik masjid,
Emy cam biasa la, amik kerusi, parking tempat paling hujung....
Habis Solat Isya'... Terus sambung ngan Solat Tarawih.

Selesai rakaat ke4, ada tazkirah.. makcik2 yang kat line depan skali tu buka tirai kat depan tu, coz nak dgr
tazkirah, so dari jauh Emy nampak la ustaz yang dijemput untuk menyampaikan 
tazkirah untuk malam ni, dari jauh cam kenal je ustaz ni, cam penah nampak tp xingat kat mane..
tazkirah yang dia bagi pun cam best jugak la..
Tazkirah tu dalam setengah jam jer, lepas tu sambung balik ngan solat tarawih, 
di tutup ngan Solat Witir, 2+1 rakaat.

Sesudah Solat Sunat sume tuh, ada makan2 lagi, masjid sediakn juadah roti panjang tu, makan ngan sup tulang, perrghhhh sgt sedap kot, tambah pulak ngan teh o panas, time2 hujan lak tuh, nikmat betul.

Fazli & Abah

Emy & Ema

Fazli & Amak

Tengah dok makan nak family, keluar la ustaz yang bg tazkirah td, sat g Abah suruh Emy ame gambar ngan ustaz tuh, laaaa dia ni sape sebenarnya, then baru la tau, bila Emma cakap dia ni Imam Muda Aran,
patut la penah nampak...hihihih :)

Bersama IM Aran & Imam

Abah

Abah Lagi

sumber : google


Dah kenyang makan, Fazli pun dah xlarat nak tambah tuk keberapa kali tah, balik la kotrg...
Abah lambat sikit, coz nak kene make sure sume settle n done kat masjid tuh..

Sekian...

Thursday 11 August 2011

Nak Kahwin Yer??!!!

Salam Sekalian...

Kawen itu Indah..
Kawen itu Bahagia..
Kawen itu Syokkkk!! 

Emy dapat idea nak share pasal kawen ni bila ada seorang hamba Allah ni la, pepagi buta lagi dah call Emy, dia call handset Emy xjawap, terus call rumah pula.. tengah sidai kain kottttt. :P
Nak mention ke nama dia? xyah la, anda tahu anda siapa!! hahahah.. xde la nanti takut orang salah faham lak, ingat dia yang nak kawen kan?? hihihi.. 

Nak kawen ni memang agak pening sikit, time ni la kita kene maintain +ve in everything & at anytime.
Banyak nak kene fikir, thats why pentingnya buat CHECKLIST. Emy cadangkan for those yang bakal mendirikan rumah tangga ni sediakan 1 buku khas untuk persediaan kawen, masa Emy dulu Emy tulis semua dalam organizer Emy, guest list, contact numbers, agenda of the event, logistic, planning, minit meeting ngan family, budget, legal document, pakaian, aksesori, catering, khemah, kipas air nak berapa, meja, kerusi, PA sistem, kompang group, marhaban group, doorgift, hantaran, pelamin, deco bilik, makeup, photoG, kad jemputan, list lagu kawen, pengapit, ketua tukang masak, parking area, pingan, mangkuk, kuih-muih, sirap, cendol ...bla bla blaa...
got the point rite??? hihihihih

ok back ii the main story tadi...

So she called and she asked, 

The Friend : 
Cake..kite nak confirmkan ngan kamu ni, prosedure isi borang permohonan nak  kawen ni camne ek, nak g mane dulu??

Emy : 
Hmmm, Cake kene refer organizer balik la babe.. Aik babe, u nak kawen dah ker??

The Friend : 
No lah!! im asking on my friends nyer behalf lah..

So, here's the step...

Both Cik Abg & Cik Akak g kusus kawen sesama, dapatkan
SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN

Next, Cik Abg kene gerak dulu...

Tugas Cik Abg

Step 1
Sediakan
Borang Permohonan
Sijil Kursus Pra Perkahwinan
Surat Akuan Bujang
Keputusan Ujian Saringan HIV
Salinan IC sendiri, pasangan & 2 saksi

Step 2
Untuk buat pengesahan borang permohonan
bawa dokumen2 td
bawa 2 org saksi
g sign kat depan imam jurunikah

Step 3
g pejabat kadhi daerah
bawa dokumen2 tu
xyah bawa saksi dah..hihi
buat pembayaran utk dptkan surat kelulusan/kebenaran berkahwin (rm5.00 je)
Dah dapat
SURAT KEBENARAN BERKAHWIN
dah settle keje Cik Abg!!

dapat je surat kebenaran tu, terus bagi kat Cik Akak..
now Cik Akak punya turn...

Step 1
Dapatkan Borang 2C & 2D
2C : Permohonan Kebenaran Berkahwin (Perempuan)
2D : Persetujuan Wali & Wakalah Wali
Sijil Kursus Pra Perkahwinan
Keputusan Ujian Saringan HIV
Surat Kebenaran Berkahwin bagi Lelaki (yg Cik Abg bagi td tuh)
Salinan IC sendiri, wali & 2 saksi

Step 2
Untuk buat pengesahan borang permohonan
bawa dokumen2 td
bawa wali
bawa 2 org saksi
g sign kat depan imam jurunikah

Step 3

g pejabat kadhi daerah untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin
bawa dokumen2 tu
g sendiri je, xyah bawa wali n saksi tau :P

Step 4
Bagi dua2 Surat kebenaran tu kat JuruNikah tempat nak nikah la.

Tiba la masa Akad Nikah Dijalankan : Aku Nikahkan diKau la time ni, hihihi, i like!!


Sah!!

kenduri, kenduri, kenduri

dah settle semua tu, g amik SURAT PERAKUAN NIKAH (laki bini kene sesama pegi, coz dua2 kene sign nnt) kat kat JAIS / PAID ngan inai merah lagi kat jari, ohhh tidak, so sweetttttttt!! pewiitttt!!
TAHNIAH!!! 

Wednesday 10 August 2011

Appointment Klinik

Salam...

Hari ini 10 / 8 / 2011 - Appointment Klinik untuk keberapa kalinya pun Emy dah xingat dah..Emy orang pertama yang datang pagi tadi, sebab Abg Suami yang hantar, kene ikut time dia gerak g kerja la, sampai klinik..salam2, kiss2, hug2, lambai2 kat Abg Suami, terus masuk..amik seat yang baik punyer, tiddoooooooo!!! (xde la tido betul2, tutup mata jer). Ada la dalam 15minit camtu, baru la nampak ibu2 lain datang, amik nombor kat kaunter, staple 1 copy kat buku pink tu, lagi 1 copy pegang..tunggu la sampai nurse panggil nama.

Dah disebabkan Emy diantara yang terawal datang, nurse suruh masuk bilik penyusuan, ada ceramah pasal cara2 menyusukan anak dengan betul, terkedek2 la Emy jalan g bilik menyusu kat blakang tu, skali ngan ibu2 yang lain..hihi.

Banyak juga yang Emy tak tau rupanya, syukur sangat dapat join ceramah tuh tadi, dalam bilik tu Emy the only one yang nak dapat 1st baby, yang lain senior2, ibu2 yang dah cukup pengalaman dorang, macam2 tips dorang share ngan Emy.. syok to be the youngest in the room ni, ramai kesian..tambah lagi Emy dok wat muka kesian xtau apa2..hikhik. Perghhh, im so good in making 'muke sedey' & 'Muka kesian' ni, buat muka ni pun perlukan ilmu gak tau, xley buat2 jer, feel tu kene ada gak, baru terpancar kat muka tuh..


Antara info yang Emy dapat tadi:-

:: Teknik Menyusukan Bayi ::

Ada a few ways & posisi yang nurse ajar tadi, siap practise guna doll lagi UUUU...uh tidak!! hihi..
xpe2, watpe nak malu2, ni ilmu maaa...

- 1st sentuh bibir baby tu sampai dia buka mulut dia
- Make sure dia buka mulut sehabis luas la, sampai cover sebahagian besar areola
- Nak make sure betul ke tak, si ibu boleh dengar bunyi tegukan baby, dah betul la tuh
- Bila selesai, masukkan hujung jari kelingking kat hujung mulut baby untuk menghentikan hisapan 
   (ni tips ibu2 senior yang ada tadi :P)

Semua ni kene wat ngan betul, xboleh cincai2.. kalau salah susu kan baby, tu yang ada sampai berdarah2 tu, end up kita sakit, xde mood nak bagi susu badan, baby pun x mod nak isap dah, majuk la tuh...

Posisi lak ada macam2 gaya tadi, depends pada si Ibu selesa ngan yang mana la.
- Posisi Dakapan
- Posisi Baring
- Posisi Football Hold pun ada daaa... :)


cover areola, bibir terjuih keluar, dagu kenakn pada buah dada
sumber : google

antara posisi yang diajar tadi la, boleh pulak camni ek?? hihiihi :)
sumber : google

:: Kelebihan / Khasiat Susu Ibu ::

Untuk Baby
- Nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran & perkembangan baby
- Kalau digunakan sepenuhnya, boleh kurangkan kadar kematian baby
- Kandungan protein yang tinggi & senang diserap oleh usus badan
- Ada antibodi untuk avoid jangkitan
- Boleh kurangkan jangkitan usus
- Dapat tingkatkan perkembangan mental kanak2.
         (Nurse td cakap baby yang diberi susu badan lebih dari 6 bulan, 
           IQ dorg lebih tinggi dari those yang dapat susu badan less then 6 months nih)
- Kurang berisiko untuk mendapat alahan
- Kolostrum : susu yang keluar 1st 3 days after deliver ni, khasiatnya 3 kali ganda dari susu ibu biasa. Wajib 
                      bagi kat baby, jangan buang!! Ok, Noted.

Untuk Ibu
- Cepatkan proses pengecutan rahim - cepat la kurusnya nanti, tp kene senam jugak
- Mengurangkan risiko pendarahan berlebihan
- Boleh avoid dari dapat cancer buah dada & ovari
- Dapat eratkan lagi hubungan Ibu & Anak
- Kalau susukan baby 6 bulan fully, boleh menundakan kedatangan haid 
          (If 'bersama' pun, 98% boleh avoid berlakunya kehamilan - proper & best way untuk rancang family)

Susu Ibu Susu Terbaik, Yeaahhh!!
sumber : google

Selesai je kelas Susu2 ni, keluar dari classroom tu, terus nama emy kene panggil,
cam biasa la,
Timbang berat badan (now : 72)
Check tekanan darah (110/70)
Pastu nurse bagi bekas untuk urine test, kene la jalan g bangunan kat depan sana tuh, g makmal bilik no.2
Letak buku pink kat kaunter tu,
g kencing, siap...
letak bekas tu kat kaunter tu balik,
tguuuuuu...
xde lama mane pun, then bila dia panggil nama,
amek darah, CITT..dia cucuk kat ujung jari ni, hukhuk, sakit!!
pastu dia tulis2 kat buku pink ni, siap!!
Berjalan la balik Emy kat bangunan belakang tu "Klinik Ibu & Anak"
kat situ tguuu lagi,
later bila nama kene panggil, masuk bilik tu, dorg suruh Emy baring,
tekan2 perut, kedudukan baby ok, kepala kat bawah, then ukur pulak kebuncitan perut ni,
pastu nurse keluarkan satu alat ni unutk dengar degupan jantung baby,
Dub..Dub....Dub, bunyi cam kaki kuda tgh race tuh, syokk!! bacaan td 157 per min, ok la tuh
kalau from 130-160 tu ok kata nurse, Alhamdullilah..
Dah tu duduk, tgh nurse tu tulis apa2 yang penting unutk kita kat buku pink ni, borak2 la, tanya apa yang perlu. Tulis punya tulis, tanya punya tanya..habis sudah, settle.
dah boleh balik.

Nak dijadikan cerita ni lagi menarik, credit dah kering rupanya, nak call mak untuk jemput xley la,
try wat sos call, xboleh juga, sebab sebelum ni dah pernah redeem sos top up tuh,
last2 malas nak fikir panjang, jalan la Emy balik rumah, orang cakap time2 skang ni
elok untuk si Ibu banyakkan jalan, nanti katanya senang baby nak keluar, so jalan la, rasa cam ok je
coz klinik ngan rumah xde la jauh pun, lagipun time sekolah dlu
biasa jer jalan, lagi jauh..jalan ngan awin zaini,hihih ingat lagi.
Perrrgghhhhh, basah gak la, ngan teriknya tadi, aduh.... sampai2 jer terkejut mak tengok Emy dah sampai rumah, mulanya dia xkenal Emy, yer la dah bulat jalan pun mendongak je, penat kan? plus ngan cara jalan mengengkang, memang patut mak xcam Emy tadi, hahahah...siot je mak.

Camtu la journey Emy untuk appoinment kali ni, mencabarkan?? hihiih..

Lagu :: The Climb

AsSalam....

This next post is about a song.. 

"The Climb" by Miley Cyrus.

I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith, woah


Emy sgt suka lagu ni, memang banyak lagi lagu lain yang best2, 
tapi tiap kali Emy dengar lagu ni, memang sgt kene la dengan jiwa & hidup Emy ni,
lirik dalam lagu ni pun sgt mendalam..
Whenever Emy rasa down Emy akan dengar lagu ni..

Tapi Emy lebih suka version Ahmir, 
Miley Cyrus nyanyi pun best gak, tapiiii.... hmmm
dua2 la best, Ahmir lagi best, ok done fullstop!



As for Abg Suami lak, dia suka lagu
"Firework by Katy Perry"

lagu ni best gak, meaning lagu ni pun ley naikkan semangat..
tapi version Ahmir x berapa nak best la untuk lagu ni, Abg Suami memang sgt suka pun suara Katy ni, so kalau tukar ngan orang lain memang dia x suka la kot...


Memang dah lumrah kan?? yang perempuan suka lelaki nyanyi, yang lelaki suka perempuan nyanyi..hihihih~~

Enjoy the songs!!!

Tuesday 9 August 2011

Buku :: The 10 Laws of Success - Stephen C.Phillips

Assalamualaikum Semua,
"Semua" gitu, as if ramai sangat yg follow blog Emy ni ek?? hihih..
Malam ni emy x g Solat Tarawih lagi, coz hujan.. Mak risau kat surau / masjid tu licin, Abg Suami je la yang pergi, aim Emy untuk ramadhan kali ni nak puasa penuh & tarawih penuh, dah cmni xdapat la dah, nak buat sendiri kat rumah macam xberape nak feel (ada pulak bg alasan camtu kn?? xboleh pakai betul..)

Since dah x pergi surau / masjid malam ni, Emy sambung la mem'blog' ni, mmg boleh addict la mem'blog' ni kan???
[Puan Jaja!! look what you've done ii me!! hikhikhik]

So malam ni Emy ingat nak share something la yang agak boleh membawa manfaat pada sesiapa yang membaca, InsyAllah...... 
siang tadi tgh syok kemas2 library Abah kat blakang tu, terjumpa la satu buku ni, buku ni Abah bagi kat Emy
masa nak start Diploma kat sarawak dulu la rasanya, "The 10 Laws of Success by Stephen C.Phillips"
That time ada la go through sikit2 buku nih (Emy xberapa nak gemar baca buku - amalan yang tidak berapa nak elok, sila jangan ikut!!)
lain lak ngan Abah, dia sangat & teramat suka baca buku, kat rumah ni xcukup la ngan library dia tu, kat hall depan ada buku dia, kat dapur ada lagi, living room kat blakang ni pun ada lagi buku2 dia, 
xcukup lagi tuh, asal keluar jalan2 mesti nak tengok buku dulu...
tapi yang peliknya semua buku2 tu dia dah khatam dah, Abah...Abah....
Abah mmg Idola Emy since Emy lahir kat dunia ni la rasanya, time sekolah rendah dulu asal 
cikgu suruh buat karangan pasal "idola saya"
memang x fikir panjang la, nama Abah je yang pop up..

Now bila dah kahwin ni, Abg Suami pun perangan cam Abah rupanya, YaAllah!!!! Almost everynight before tidur Abg Suami mesti make sure dia akan baca something, x kisah la from buku ker, mag ker, paper ke, internet ke... dalam bilik ni dah ada 'Mini Library' dia dah, 
memang sama la, asal nampak buku jer nak beli, pastu haritu Cik Abg Suami ni
ada menyuarakan keinginan dia nak buat rule "1 Month, 1 New Book"
apakah??!!!!!
Emy tau membaca ni amalam mulia, memang bagus pun, tapi entah la...masa belajar dulu pun
Emy akan baca apa yang lecturer suruh baca jer,
(patut x cemerlang ek?? hahahah!!)
Abg Suami slalu pesan suruh rajin membaca, then bile Emy start baca novel dia bising lak,
katanya xberfaedah baca novel ni, cinta2 ni all fantasy...pulak dah.

Macam ni la Abg Suami tiap malam :)


So dalam usaha Emy nak merajinkan diri membaca buku, baik Emy share kat blog ni about the important points yang ada dalam buku ni, 2 benda Emy boleh dapat dalam 1 masa..menarik

Ini la rupa buku pemberian Abah tu :)


Buku ni buku motivasi sebenarnya, yer la Abah tau yang anak dia sorang ni xberapa nak cukup motivasinya.
Apa yang menarik pasal buku ni, setiap 2, 3 page diselitkan "Pearls of Wisdom".
Hah benda ni la yang Emy nak share, nanti Emy list kan mana yang Emy suka kat Home Page blog ni ek, baru la tiap hari ley tgk :)